Lembah Keramat, Kuala Lumpur

Klinik Keluarga No.1 di Keramat

Tel: 03-89129969  

Logo Assalam-03.png

Ultrasound Scan Booking . Lembah Keramat 

  1. Forum Klinik As-Salam
  2. Breast Scan
  3. Bagaimanakah breast scan (ultrasound scan payudara) dilakukan?
Search
Azfar Bin Hussin
Dec 6, 2019

Bagaimanakah breast scan (ultrasound scan payudara) dilakukan?


Teknik breast scan tidak jauh berbeza daripada pregnancy scan tetapi transducer berfrekuensi lebih tinggi.

© Marni Ahmad| sonographr.com




Pemeriksaan ultrasound payudara tidak memerlukan sebarang persediaan tertentu. Sebaiknya, hadir dengan pakaian yang ringkas (simple) dan selesa kerana anda akan diminta menanggalkan pakaian dan memakai gaun pemeriksaan. Sesetengah klinik/hospital akan meminta anda menanggalkan barang kemas, tetapi pemakaian barang kemas tidak akan menjejaskan keputusan ultrasound.

Selepas berpakaian gaun pemeriksaan, anda akan diminta berbaring telentang. Sonographer akan mula menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap tisu payudara. Kemudian, gel ultrasound akan diletak di atas payudara. Transducer ultrasound akan “dilalukan” di keseluruhan permukaan breast termasuk ketiak. Songrapher akan memerhatikan komposisi tisu payudara dalam skrin ultrasound. Sekiranya tumor dapat dikesan, klasifikasi tumor akan dilakukan untuk menentukan rawatan susulan (jika perlu) dan sebagainya.

0