Ultrasound adalah satu-satunya teknik pengimejan yang digunakan secara meluas untuk mengesan abnormality bayi dalam kandungan. Ketepatannya bergantung kepada jenis-jenis abnormalities dan tempoh kehamilan pemeriksaan ultrasound dilakukan. Bagi abnormalities serius yang melibatkan struktur bayi, kadar ketepatannya antara 60% hingga 85%*.
Sebagai contoh, keadaan yang dikenali hydrocephalus kadangkala hanya berlaku pada trimester ketiga. Oleh itu, besar kemungkinan keputusan detailed scan pada trimester kedua adalah normal. Maka di sinilah pentingnya setiap pemeriksaan ultrasound samaada detailed scan atau growth scanperlu dilaksanakan oleh sonographer bertauliah.
Ketepatan keputusan ultrasound juga bergantung kepada kualiti imej ultrasound. Lihat faktor-faktor utama yang menjadi limitasi dalam ultrasound scan
© Marni Ahmad | www.sonographr.com